Selamat Datang Ke Hari Terbuka
Assalamualaikum,
Hari ini 27 Jun 2009 adalah hari persekolahan ganti dan juga Hari Terbuka bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Seawal jam 7.30 pagi telah kelihatan ibu bapa berduyun-duyun hadir ke sekolah walaupun masa yang ditetapkan mulai jam 8.00 pagi. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir dan selamat datang ke TIGS. Komitmen dan kesungguahan ibu bapa yang hadir pada hari jelas terpancar melalui kehadiran dan kerjasama yang diberikan. Hari ini merupakan hari yang paling susuai untuk semua ibu bapa serta penjaga mengambil peluang keemasan berbincang mengenai prestasi akademik anak-anak. Moga perbincangan ibu bapa dengan guru-guru kelas atau guru mata pelajaran dapat meguraikan kekusutan atau masalah yang dihadapi oleh anak-anak dalam pembelajaran. Ibu bapa juga dialu-alukan untuk memberi pandangan dan cadangan yang positif demi kebaikan dan manfaat anak-anak di sekolah ini.
Guru-guru kelas begitu sibuk melayani ibu bapa dengan penuh mesra. Diharapkan semua ibu bapa yang hadir pulang dengan penuh senyuman. Selepas ini diharapkan juga ibu bapa dapat terus membantu pembelajaran anak-anak di rumah supaya prestasi anak-anak terus meningkat. Pemantauan di rumah sebahagian daripada faktor kecemerlangan anak-anak dalam semua bidang terutamanya akademik. Yang kurang menyerlah masih ada peluang untuk digilap melalui usaha yang berganda dan berterusan. Terima kasih kepada semua guru kelas dan juga guru-guru yang tidak mempunyai kelas tetapi telah sama-sama membantu sebagai guru gantian semasa guru kelas berhenti untuk berehat.
Para pengawas sekolah tidak ketinggalan memainkan peranan mereka bagi melicinkan dan melancarkan lagi proses pergerakan ibu bapa ke kelas-kelas. Dengan bantuan para pengawas ibu bapa tidak mengalami masalah untuk terus menuju ke bilik darjah yang telah ditetapkan kecuali tingkatan empat dan lima di mana tempat perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas adalah di Dewan Seri. Terima kasih kepada semua pengawas sekolah yang begitu sabar dan setia melayani ibu bapa dari awal pagi hingga selesai Hari Terbuka.
Mudah-mudahan cuaca hari ini berpihak kepada kita. Nampaknya cuaca begitu baik, redup dan nyaman walaupaun lebih kurang jam 10.00 pagi hujan gerimis turun sekejap. Alhamdullilah hujan tidak lebat dan hanya sebentar saja, sekadar menyejukkan cuaca yang agak panas beberapa minggu ini. Mudah-mudahan juga sejuk hati kita sepanjang hari ini terutama ketika kita melayani ibu bapa sebagai tetamu istimewa sekolah pada hari ini.