Debaran Terjawab
Sejak seminggu yang lalu hati saya tak berapa tenang. Sentiasa berdebar-debar kerana dalam minggu itu beberapa orang guru bersama-sama pelajar-pelajar sibuk membuat persediaan dan persiapan dengan berlatih tanpa mengenal penat dan lelah untuk menyertai beberapa pertandingan sama ada di peringkat daerah ataupun negeri. Antaranya ialah Karnival Sekolah Primier Peringkat Negeri di Mersing mulai 19 hingga 21 Jun, Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri di mana TIGS mewakili daerah Batu Pahat dalam Perbahasan Ala Parlimen dan Choral Speaking. Manakala di peringkat daerah pula Gerkorama Asrama Terbilang juga dilangsungkan di SMK Dato’ Syed Esan dan di SMK Tinggi Batu Pahat. Sejak semalam guru-guru Bahasa Inggeris yang mengiringi pasukan bahas Bahasa Inggeris tak putus-putus mengutus sms kepada saya memberi maklumat mutakhir menganai prestasi pasukan itu. Setiap kali sms berbunyi hati saya berdebar kencang. Alhamdullilah TIGS mengungguli pertandingan ini dengan menjadi Johan setelah menumpaskan beberapa sekolah elit yang hebat seperti SIGS, Johor Bahru dan SM Sains Johor, Kluang. Setelah usaha bersungguh-sunguh dilakukan akhirnya kita berjaya dengan amat cemerlang. Tahniah, syabas dan terima kasih kepada setiap peserta perbahasan dan guru-guru pembimbing iaitu guru-guru Bahasa Inggeris Pn. Elizabeth, Pn. How Mui Hiong, Pn. Siti Zubaidah dan lain-lain. Cuma saya belum dapat khabat berita mengenai Pertandingan Choral Speaking di bawah bimbingan Pn. Norazah dan Pn. Siti Zubaidah Masini. Harap-harap cemerlang juga.
Hari ini juga debaran hati saya juga agak kencang memikirkan pertandingan-pertandingan sempena Gerkorama Asrama Terbilang peringkat daerah. Dalam kesibukan bersama-sama guru-guru di sekolah menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP Bil 4/2009), sempat juga saya bergerak ke tempat pertandingan di SMK Dato’ Syed Esa. Pencapaian Johan dalam Pertandingan Bahas, Pidato dan Catur adalah amat membanggakan juga. Walaupun Asrama TIGS hanya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bola Jaring, namun itu tidak mengapa.. Buatlah mushasabah diri dan post mortem supaya pada tahun akan datang pencapaian pelajar dalam kokurikulum ini akan meningkat. Walau bagaimanapun tahniah dan syabas diucapakan atas kejayaan tersebut. Terima kasih kepada Pn. Marpuah (HEM), semua waden asrama dan penyelia asrama yang telah menguruskan asrama dengan cemerlang.
Harapan saya kepada pasukan Bola Jaring ke Karnival Sekolah Primier di Mersing, Berjuanglah bersungguh-sungguh. Kalah atau menang adat pertandingan. Yang penting perjuangan kita. Selamat maju jaya.