PTK DATANG LAGI
Selamat menduduki PTK kepada semua guru dan staf TIGS. Fokus betul-betul kepada soalan dan fikirkan jawapan yang paling tepat. Saya yakin berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas dalam tugas seharian sebagai guru, insyaallah anda semua akan berjaya mendapat Aras IV sebagaimana yang dihajatkan oleh semua. Hari ini PTK untuk kumpulan staf sokongan dan DG 44, esok dan lusa pula untuk kumpulan yang lain DG 41. Satu perkembangan baru yang lebih membantu calon PTK ialah “Open Book Test” di mana calon dibenarkan merujuk bahan bacaan untuk Kertas Umum. Ini merupakan satu peluang baik yang harus digunakan sebijak-bijaknya kerana menjawab sambil merujuk memerlukan kemahiran mengurus masa secara bijak. Dengan masa menjawab yang terhad dan dapat pula membuat rujukan sepontan dengan tepat adalah satu bonus. Mudah-mudahan anda semua suksess Aras IV. Amin