Guru TIGS mencatat sejarah mempunyai blog sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini merakamkan satu lagi sejarah baru dalam kalangan guru-guru TIGS kerana mereka mendapat pengalaman baru membuka blog sendiri melalui Kursus Memperkasa ICT Guru Sekolah Bestari yang telah dikelolakan oleh En. Kevin dari MSU, Shah Alam dengan kerjasama MDeC. Kursus ini amat berguna bukan shaja kepada guru-guru bagi menyalurkan pandangan, pendapat, komen atau maklumat untuk dikongsi, malahan guru juga boleh menyampaikan arahan, maklumat dan tugasan kepada pelajar-pelajar.
